Monday, November 4, 2013

Memulakan Hijrah 1435H

SATU MUHARAM detik permulaan. Perkiraan tahun Islam hijrah. Itulah lirik lagu yang memulakan perkongsian kita setiap tahun sewaktu tibanya Muharam. Justeru, mulai hari ini juga secara rasminya 1 Muharam 1435H saya merasmikan sebuah lagi blog diberi nama djsyafiq.blogspot.com yang akan mencatat saban dunia keilmuan dan peribadi.

Bahan-bahan ini juga akan menjadi hasil penyelidikan saya sepanjang saya berada di dalam dunia penyiaran. Laman ini juga akan menjadi asbab saya mengarang dan terus mengarang di dalam genre kesusasteraan.

Awal kalam, saya amat bersyukur di atas peluang diberikan menghadiri Hadiah Sastera Darul Takzim IX yang diadakan pada hari Jumaat yang lalu. Kenangan yang tidak akan terpadam di dalam kamus peribadi sebagai penerima hadiah puisi dan cerpen eceran.

Insya-Allah, jika tiada halangan saya akan menerima satu lagi anugerah sastera pada 15 November 2013 ini. 

Dalam seraut kehadiran saya sebagai seorang pengarang, saya amat tidak diketahui sebagai pengarang. Namun, di atas sebab itulah mahu saya menjadi seorang pengarang yang berada di dalam dunia penyiaran. Oh, karyawan hebat bukan sahaja mahu menulis tetapi mahu berkongsi atas dasar kefahaman dan keilmuan. Itulah dasar penulisan dan kehadiran berada di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sejak hampir dua tahun yang lalu di dalam bidang penyiaran setelah setahun terdahulu daripadanya saya berada di TVAlhijrah.

Dengan ini saya melancarkan blog terbaharu ini.


No comments:

Post a Comment